Bila anda menjalankan perniagaan di Internet. Sistem pembayaran perlu di ambil perhatian. Ini kerana ia akan menentukan pendapatan anda dalam perniagaan tersebut.


Pelbagai cara & bentuk pembayaran yang boleh dilakukan. Salah satunya ialah pembayaran menggunakan kad kredit. Salah satu syarikat yang boleh menguruskan penerimaan pembayaran menggunakan kad kredit ialah PAYPAL.


Anda perlu menyediakan perkhidmatan ini di laman web perniagaan anda sebagai satu alternatif pembayaran. Ini kerana, boleh dikatakan lebih 50% pembayaran dibuat di Internet melalui kad kredit.


bayar_paypal.png



Sehubungan dengan kepentingan itu, RahsiaKomputer juga baru sahaja menyediakan pekhidmatan pembayaran menggunakan kad kredit / Paypal terhadap produk Panduan Pakej Lengkap.


ppl.gif


Kini anda sudah boleh membeli produk Panduan Pakej Lengkap Komputer dengan menggunakan kad kredit atau paypal anda. Jangan tunggu jika anda berminat dengan produk ini. Tawaran Resell Rights juga masih lagi di buka.


Selamat kejayaan

Sekian





Bila komputer anda digunakan oleh ramai orang, anda harus melindungi aplikasi yang tidak boleh digunakan oleh semua orang. Ada cara sederhana supaya orang lain tidak dapat menggunakan aplikasi Word sesuka hati.


Kita boleh membuat sebuah aplikasi di mana bila seseorang ingin menggunakan aplikasi Microsoft Word mereka harus memasukkan sebuah password yang telah kita tentukan.


Caranya begini:



  1. Buka aplikasi Microsoft Word anda, kemudian pilih tab [View].

  2. Pada bahagian di bawahnya, klik butang [Macros].


  3. Setelah muncul tatingkap “Macros”, isi “Macro name” dengan nama “AutoNew”. Perlu diperhatikan, nama makro harus disimpan dengan nama “AutoNew”.

  4. Klik [Create] untuk mulai membuat makro.

  5. Selanjutnya, akan muncul jendela Microsoft Visual Basic editor. Pada tetingkap tersebut, taipkan skrip di bawah ini.



pass = InputBox(”Masukkan password Anda.”)

If pass = “rahsia” Then

End

Else

MsgBox (”Password yang Anda masukkan salah.”)

ActiveDocument.Close

End If


Pada skrip di atas, anda dapat mengganti “rahsia” dengan password yang anda inginkan. Simpan makro anda kemudian tutup aplikasi Microsoft Word.



Sekarang, buatlah shortcut Microsoft Word baru dengan cara mengklik kanan mouse pada desktop dan pilih menu [New] > [Shortcut]. Isi “Type the location of the item” dengan “C:-Program Files-Microsoft Office-Office12-WINWORD.EXE” /n, kemudian klik [Next].


Isikan “Type a name for this Shortcut” dengan nama “Microsoft Office Word 2007”. Hapus shortcut yang ada di menu start, kemudian pindahkan shortcut yang baru saja anda buat ke menu Start, menggantikan shortcut yang asli.



Setelah itu tutup aplikasi Microsoft word. Mulai sekarang bila seseorang ingin menggunakan Microsoft Word dan membuat dokumen baru, muncullah kotak yang meminta password.





Terdapat beberapa tips yang ditemui secara online, dan kami berfikir untuk berkongsi kepada semua pembaca sebagai panduan dan tips untuk mereka.


Setelah semakin lama anda memiliki komputer, anda akan merasakan semakin lama semakin lambat pula komputer tersebut. Kebanyakan orang tidak akan mengganti komputernya sehingga komputer tersebut lambat dan mereka merasakan mereka perlu yang baru, yang lebih pantas.


Ada pula merasa hanya kerana komputer tersebut sudah tua. Sebenarnya komputer tua ataupun baru tetap dapat berjalan dengan cepat - secepat ketika anda pertama kali membawanya ke rumah anda – jika anda mengikuti 10 langkah mudah untuk meningkatkan kepantasan komputer anda.


TIPS 1 : Kosongkan Temp Directory secara berkala



Setiap kali anda menjalankan sebuah program, itu akan membuat sebuah temporary file, sehingga anda menyimpan atau menutup file tersebut. Alasannya adalah kerana ketika kejadian seperti komputer anda mati secara tiba-tiba ataupun programnya mati, anda dapat recovery file anda semula. Ini memang berguna tapi kadang kala ketika anda menyalakan computer anda kembali, entah komputer ataupun programnya, biasanya file tersebut akan memperlambat prosesnya.


Selain itu, temp file juga dapat muncul ketika anda meng-install sebuah program. Dalam jangka waktu yang singkat, temp directory anda akan berisi ratusan bahkan ribuan file yang menunggu anda hapus kerana kewujudannya memperlambatkan komputer anda. Cara yang paling baik adalah hapuslah file tersebut ketika anda sedang tidak memproses sesuatu dengan komputer anda.


Untuk delete Temp File, pastikan tiada masalah untuk membukanya. Seterusnya ikuti langkah berikut :



  • Dalam Windows 95, 98 atau ME…pergi ke C:WindowsTemp dan delete semua fail yang terdapat di dalam Temp Folder tersebut.


q108334_3.gif



  • Dalam Windows 2000 atau XP, ada beberapa langkah yang perlu dilakukan. Pertama, pastikan anda dapat melihat folder yang disembunyikan. Caranya, buka My Computer – pilih menu Tools – pilih Folder Options. Seterusnya pilih tab View, scroll down dan klik pada “Show Hidden Files and Folders”. Klik OK…… Sekarang pergi ke folder C:Document and Setting – Administrator Local Settings Temp. Delete semua yang anda didalamnya……Anda juga boleh melihat di folder C:Windows (atau Winnt) – Temp atau Tmp. Delete semua fail yang ada di dalamnya dengan serta merta.





  • CO.CC:Free Domain

    Recent Post

    Tukeran Link

    Hidup Belajar

    Join There

    Join Vinefire! $$dapatkan Dollar disini $$

    Masukkan Code ini K1-15A4FB-4
    untuk berbelanja di KutuKutuBuku.com

    About Me

    Foto Saya
    Seorang yang dilahirkan oleh seorang ibu..... ??????????????????

    Wajib Diisi!!!



    Recent Viewer

    Followers

    Recent Comment